Homestay Puchong

Homestay Puchong
Inap Desa Pulau Meranti

Saturday 17 October 2015

MEREKALAH Pelanggan Kami, MEREKALAH Keluarga Kami.

Assalamualaikum w.b.t,

Kami meluangkan masa memuat naik sebahagian daripada penyewa kami sepanjang tahun 2015 ini.
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan atas kesudian memilih Villa Rania Homestay sebagai destinasi penginapan anda.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan di sini, termasuklah transit untuk kenduri kahwin di sekitar Puchong, majlis hari lahir, santai keluarga dan rakan pejabat dan lain-lain.

Segera tempahkan untuk percutian anda di  Villa Rani Homestay untuk pakej hebat!














Villa Rania Homestay di Kosmo! pula


7 Februari 2015, 
Belum pun lega melayan panggilan tidak putus2 sejak hebahan dibuat oleh akhbar Harian Metro 17 Januari yang lalu, kami didatangi pula akhbar Kosmo! yang turut berminat untuk mempromosikan Villa Rania Homestay dalam segmen Ruang.

Alhamdulillah, perniagaan kami mara setapak lagi ke hadapan dalam memberi maklumat yang lebih sampai kepada semua selain daripada media alternatif seperti facebook dan instagram.




VILLA RANIA HOMESTAY di Harian Metro (17 Januari 2015 dan 7 Feb 2015)


Assalamualaikum wbt :)
11 Januari 2015 
menjadi tarikh yang cukup bersejarah buat kami kami didatangi oleh wartawan dan fotografer dari Harian Metro (Pn Hartini & co.).

  
 Aksi dan gelagat jurugambar profesional dari Harian Metro demi mendapatkan masterpiece yang terbaik ! Tampak bersahaja tetapi produk nya memang first class .

Pemilik Villa Rania Homestay, En Razidan Abd Rashid meneliti hasil berkualiti daripada jurugambar Harian Metro yang mendapat pujian melangit sebelum disunting untuk cetakan



17 Januari 2015,
segala buah bicara temu ramah telah disusun oleh beliau dan dimuat ke dalam segmen Dekotaman. Terima kasih Harian Metro kerana mempromosi Villa Rania Homestay kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut adalah keratan akhbar berkenaan :)






Sabtu 7 Februari 2015,
Kami kembali lg menceriakan akhbar Metro semalam ( dengan tajuk Adunan Elemen Dekorasi.)

Dengan adunan artikel yang kreatif, ternyata keunikan Villa Rania diiktiraf.

Segera dapatkan releks santai anda di Villa Rania Homestay, untuk retreat bersama keluarga, rakan pejabat dan juga sahabat handai. Dilengkapi bilik tidur dan ruang tamu yg selesa, juga ada set BBQ utk disewakan sebagai pengerat mahabbah anda.


Kita bukan Bersendirian!

Assalamualaikum w.b.t

Berkenaan tajuk di atas, adalah sebuah muhasabah kita sehari-hari, bahawasanya kita hidup di dunia ini tidak sendirian. Selain daripada kita manusia sebagai hamba Allah dan khalifahnya pada masa yang sama, Allah turut menjadikan makhluk lain di atas dunia ini seperti Malaikat, Jin, Syaitan, Haiwan dan Tumbuhan.

Ternyata konsep sunnatullah alam tersebut turut kami rasai di skala kecil Villa Rania Homestay ini.
Selain daripada pokok2 yang ditanam, kami turut menyertakan hidupan lain sebagai penyeri dan memeriahkan lagi suasana di sini.

 Sarang burung tempua menghiasi susur masuk ke Villa Rania

 Idamkan decip kicau burung di sebalik jendela?


Pelita lama yang kami gantungkan ini, tanpa kami sangka sudah 2 kali burung ini bertelur dan menetap di sini, sudah kami anggap sebagai tuan rumah di sini :)

Kehidupan air sudah sinonim dengan kehadiran ikan dan tumbuhan apung.

PEMBINAAN DI VILLA RANIA HOMESTAY


Demi menambah pilihan eksklusif di Villa Rania Homestay, kami memohon maaf atas segala kesulitan yang terdapat di tempat kami. Namun begitu, Villa kami beroperasi seperti biasa, cuma kami meminta jasa baik pihak tuan puan penyewa Villa Rania Homestay agar mengawasi diri dan anak anda daripada kawasan pembinaan di sekitar Villa bermula 1 September 2015 hingga 31 Disember 2015.

Pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan padu yang berterusan.

Pelancaran Villa Rania Homestay



Pada 13 Disemeber 2014, Villa Rania Homestay yang terletak di Kg Pulau Meranti telah sempurna dilancarkan. Berjirankan kawasan elit Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya, VRH terletak di lokasi yang strategik untuk mereka yang inginkan lanskap kampung di tengah kota raya.

Nikmati harga istimewa daripada kami hanya untuk anda!